RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
Matapelajaran : Bahasa Malaysia
Masa : 8:30 pagi – 9:00 pagi
Tahun : 2M
Bilangan Murid : 33 orang
Tema / Tajuk : Unit 3 Cita-cita
Sub Tajuk : Cita-citaku Setinggi Awan
Objektif : Pada akhir unit ini, murid dapat
1. Menamakan jenis-jenis pekerjaan;
2. bercerita tentang cita-cita saya;
3. bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat.
Hasil Pembelajaran : Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta
sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras pembelajaran : Aras 1
Bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan
pelbagai jenis ayat dengan betul
Kaedah Pembelajaran : Berlakon, main peranan
Bahan Bantu Mengajar : Gambar
Nilai Murni : Kerajinan, dedikasi
KBKK : Menjana idea
Pengetahuan Sedia Ada : Ibu bapa murid kini semuanya mempunyai pekerjaan
Langkah-langkah | Strategi Pengajaran dan Pembelajaran | BBM/ Catatan | ||||||||||||
Set Induksi (2 minit) | Guru meminta seorang murid berlakon sebagai seorang penyanyi dan bertanya soalan kepada murid-murid lain. 1. Apakah yang Wen Wei sedanga lakukan? Menyanyi 2. Menyanyi juga merupakan sejenis pekerjaan, apakah nama pekerjaan ini? Penyanyi | Kaedah pembelajaran: Berlakon | ||||||||||||
Langkah 1 (8 minit) | 1. Guru memaparkan gambar-gambar pekerjaan dan meminta murid menyatakan jenis-jenis pekerjaan. 2. Murid menyatakaan bidang pekerjaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
| BBM: Gambar | ||||||||||||
Langkah 2 (10 minit) | 1. Murid memberi contoh pekerjaan lain yang mereka ketahui. peguam, sainstis, hakim, juruterbang, jurutera, arkitek 2. Murid menceritakan cita-cita mereka kepada kelas. | KBKK: Menjana idea | ||||||||||||
Langkah 3 (8 minit) | 1. Guru membahagikan murid dalam kumpulan. Setiap kumpulan 2 orang murid. 2. Murid dalam kumpulan bertanya kepada rakannya tentang cita-cita mereka. 3. Guru membimbing mereka bertanya soalan. Ø Apakah cita-cita kamu? Cita-cita saya ialah menjadi seorang ________. Ø Mengapakah kamu ingin menjadi ________? Saya suka menjadi ________ kerana ________. 4. Guru memilih kumpulan yang terpilih untuk membentangkan hasil pertanyaan mereka di depan kelas secara rawak. 5. Guru memberi komen. | Nilai: Bekerjasama | ||||||||||||
Penutup (2 minit) | Guru menyeru kepada murid bahawa untuk mencapai cita-cita, kita perlulah rajin berusaha sejak zaman sekolah rendah lagi. | Nilai: Rajin |