Friday, November 25, 2011

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

https://docs.google.com/document/d/1Jpv51bVRiLvJbHUChG2vLL2Ox2Le0zWq1L09KXfXinM/edit

 
REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
MATA PELAJARAN             :           BAHASA MALAYSIA
TAHUN                                  :           TAHUN 2
KELAS                                  :           2M
BILANGAN MURID              :           33 ORANG
MASA                                    :           8.00 PAGI – 8.30 PAGI
SUB TAJUK                         :           CITA-CITAKU SETINGGI AWAN


PENGENALAN
            Saya telah menjalankan makro pengajaran yang bertajuk “Cita-citaku Setinggi Awan” berdasarkan gambar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia SJKC Tahun 2. Kelas saya adalah kelas Tahun 2M dan jumlah murid adalah sebanyak 33 orang. Makro pengajaran ini dijalankan selama 30 minit.

KEKUATAN
Selepas saya menjalankan makro pengajaran ini, saya dapati bahawa kekuatan dan kelebihan saya adalah murid faham serta berminat dalam topik tersebut. Berdasarkan tajuk yang saya ajar ini, saya dapati pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan kaedah menunjukkan gambar agak berkesan. Murid dapat menamakan jenis-jenis pekerjaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Malah murid juga dapat menjelaskan tentang bidang-bidang kerja berdasarkan jenis pekerjaan yang ditunjukkan. Melalui pembelajaran hari ini, murid bukan setakat dapat menamakan jenis-jenis pekerjaan malah murid dapat mengeja serta mengetahui sifat kerja pelbagai bidang.
 Sebelum ini, saya dapati bahawa tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah agak kurang berbanding dengan subjek Bahasa Cina. Walaupun murid-murid faham serta tahu tentang jenis-jenis pekerjaan yang mereka tahui tetapi apabila minta mereka nyatakan dalam Bahasa Malaysia, ini agak sukar bagi mereka untuk meluahkan.  Tetapi apa yang saya perhatikan selepas pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya dapati bahawa murid-murid bukan sekadar tahu mengeja malah dapat bercerita tentang cita-cita mereka apabila dewasa nanti dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Walaupun perkataan atau ayat yang mereka luahkan agak singkat tetapi melalui pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, sekurang-kurangnya mereka dapat berkomunikasi dengan murid-murid lain dengan menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dari segi tatabahasa serta laras bahasa dan bukannya sekadar tahu bahasa ibunda mereka sahaja.
 Oleh itu, saya menggunakan kaedah menunjukkan gambar untuk menjelaskan jenis-jenis pekerjaan yang hendak disampaikan serta meminta mereka mengeja berdasarkan kata nama yang saya tunjukkan.
Selain itu, saya juga minta murid bertanya pada kawannya tentang cita-cita kawan tersebut apabila dewasa nanti. Melalui cara ini, mereka bukan sekadar dapat mengetahui cita-cita kawan malah dapat berkomunikasi dengan kawan menggunakan Bahasa Malaysia. Justeru mengeratkan hubungan di antara kawan.

KELEMAHAN
Walaupun begitu, saya mengetahui bahawa terdapat kelemahan dalam makro pengajaran saya ini. Suara saya hendaklah lebih lantang dan jelas supaya dapat didengar oleh semua murid.
Masalah lain yang saya hadapi ialah semasa saya meminta murid untuk bertanya pada kawan tentang cita-cita mereka apabila dewasa nanti, ada segelintir murid yang masih tidak berani bertanya dan ada juga segelintir murid yang tidak jelas tentang cita-cita mereka. Apabila saya minta mereka bentangkan hasil pertanyaan mereka di depan kelas, saya dapati mereka masih malu untuk berkongsi dengan murid-murid lain. Ini jelas dilihat apabila mereka bentang di depan, mereka asyik tunduk kepala sahaja dan suara pun tidak lantang serta tidak berani pandang kawan-kawan.

LANGKAH MENGATASI
            Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sepatutnya saya hendaklah mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan minat pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya wajar berusaha mahir dalam pendekatan sosial dan psikologi supaya lebih memahami anak murid saya.
Selain itu, saya juga akan lebih kerap minta murid bentangkan hasil kerja di hadapan kelas, saya percaya dengan cara ini murid akan lebih berani lagi dan tidak akan berasa malu-malu lagi pada masa hadapan apabila berhadapan dengan orang ramai.
            Di samping itu, komunikasi lisan saya hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman, ekspresi muka pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas. Dengan cara ini, barulah saya tidak dilebelkan sebagai guru yang garang.

No comments:

Post a Comment