Saturday, October 1, 2011

Hari Kantin

Profil Saya

TAN SIEW HWA (D20102045170)
    Hi, nama saya Tan Siew Hwa. Saya berasal dari Melaka tetapi mengajar di Johor Bahru.      
    Saya mula mengajar pada tahun 2005. Opsyen saya ialah Pengajian Cina dan Kajian Tempatan.
    Pada tahun 2005-2009, saya mengajar di SJKC Yok Sin Melaka. Sekolah ini adalah sekolah di mana saya belajar semasa saya di sekolah rendah. Guru yang mengajar saya pada masa dulu sekarang telah menjadi rakan sekerja saya. Saya rasa sungguh bertuah kerana guru-guru di situ banyak membantu saya dan amat menjaga saya. Saya dapat menimba banyak pengalaman di situ.
    Pada tahun 2010, saya telah memohon tukar ke SJKC Cheng Melaka kerana berkahwin. Di situ, saya juga telah bertembung dengan guru sekolah rendah saya. Beliau juga banyak membantu saya. Disebabkan ada guru saya di sekolah itu, saya tidak berasa sunyi walupun saya baru bertukar ke sekolah baru.
    Pada tahun 2011, sekali lagi saya memohon tukar. Kali ini saya telah memohon tukar ke Johor Bahru. Ini kerana saya mendengar nasihat daripada guru-guru saya. Mereka mengatakan bahawa apabila sepasang suami isteri telah berkahwin, adalah digalakkan tinggal bersama. Suami saya adalah bekerja di Singapura. Tidak bagus bagi sepasang suami isteri yang telah berkahwin tetapi tidak tinggal bersama. Oleh itu, saya bertukar datang ke Johor Bahru.
    Apabila sampai di sini, saya langsung tidak kenal sesiapapun, saya berasa sangat takut ketika datang ke sini. Di sini, saya tiada kawan dan tiada saudara mara. Apatah lagi apabila saya dapati bahawa saya telah ditempatkan di sekolah baru yang baru sahaja dipindah keluar dari Kluang iaitu SJKC Thorburn.
    Setelah 9 bulan di sini, walupun saya telah mula stabil di sini, tetapi kadang kala saya masih akan rindu pada ahli keluarga saya yang berjauhan di Melaka dan rakan-rakan sekerja saya yang telah banyak membantu saya pada masa dulu.