Friday, November 25, 2011

RPH MAKRO PENGAJARAN (CITA-CITAKU SETINGGI AWAN)

https://docs.google.com/document/d/1hwTWwZJA7BL9rdhh3ZMl522A0wkiPZseKPQtPBCSrQU/edit

 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

Matapelajaran                                      :           Bahasa Malaysia
Masa                                                    :           8:30 pagi – 9:00 pagi
Tahun                                                  :           2M
Bilangan Murid                                   :           33 orang
Tema / Tajuk                                        :           Unit 3 Cita-cita
Sub Tajuk                                            :           Cita-citaku Setinggi Awan
Objektif                                               :           Pada akhir unit ini, murid dapat
1.        Menamakan jenis-jenis pekerjaan;
2.        bercerita tentang cita-cita saya;
3.        bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat.
Hasil Pembelajaran                  :  Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta
    sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras pembelajaran                   :   Aras 1
    Bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan 
    pelbagai  jenis    ayat dengan betul
Kaedah Pembelajaran             :    Berlakon, main peranan
Bahan Bantu Mengajar           :    Gambar
Nilai Murni                             :    Kerajinan, dedikasi
KBKK                                     :    Menjana idea
Pengetahuan Sedia Ada          :     Ibu bapa murid kini semuanya mempunyai pekerjaan

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran:
Langkah-langkah
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
BBM/ Catatan
Set Induksi
(2 minit)
Guru meminta seorang murid berlakon sebagai seorang penyanyi dan bertanya soalan kepada murid-murid lain.
1.        Apakah yang Wen Wei sedanga lakukan?
Menyanyi
2.        Menyanyi juga merupakan sejenis pekerjaan, apakah nama pekerjaan ini?
Penyanyi

Kaedah pembelajaran:
Berlakon


Langkah 1
(8 minit)
1.        Guru memaparkan gambar-gambar pekerjaan dan meminta murid menyatakan jenis-jenis pekerjaan.
2.        Murid menyatakaan bidang pekerjaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

doktor
polis
jururawat
Pelukis
Guru
posmen
BBM:
Gambar
Langkah 2
(10  minit)
1.        Murid memberi contoh pekerjaan lain yang mereka ketahui.
peguam, sainstis, hakim, juruterbang, jurutera, arkitek
2.        Murid menceritakan cita-cita mereka kepada kelas.

KBKK:
Menjana idea
Langkah 3
(8 minit)
1.        Guru membahagikan murid dalam kumpulan. Setiap kumpulan 2 orang murid.
2.        Murid dalam kumpulan bertanya kepada rakannya tentang cita-cita mereka.
3.        Guru membimbing mereka bertanya soalan.
Ø  Apakah cita-cita kamu?
Cita-cita saya ialah menjadi seorang ________.
Ø  Mengapakah kamu ingin menjadi ________?
Saya suka menjadi ________ kerana ________.
4.        Guru memilih kumpulan yang terpilih untuk membentangkan hasil pertanyaan mereka di depan kelas secara rawak.
5.        Guru memberi komen.
Nilai:
Bekerjasama
Penutup
(2 minit)
Guru menyeru kepada murid bahawa untuk mencapai cita-cita, kita perlulah rajin berusaha sejak zaman sekolah rendah lagi.
Nilai:
Rajin

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

https://docs.google.com/document/d/1Jpv51bVRiLvJbHUChG2vLL2Ox2Le0zWq1L09KXfXinM/edit

 
REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
MATA PELAJARAN             :           BAHASA MALAYSIA
TAHUN                                  :           TAHUN 2
KELAS                                  :           2M
BILANGAN MURID              :           33 ORANG
MASA                                    :           8.00 PAGI – 8.30 PAGI
SUB TAJUK                         :           CITA-CITAKU SETINGGI AWAN


PENGENALAN
            Saya telah menjalankan makro pengajaran yang bertajuk “Cita-citaku Setinggi Awan” berdasarkan gambar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia SJKC Tahun 2. Kelas saya adalah kelas Tahun 2M dan jumlah murid adalah sebanyak 33 orang. Makro pengajaran ini dijalankan selama 30 minit.

KEKUATAN
Selepas saya menjalankan makro pengajaran ini, saya dapati bahawa kekuatan dan kelebihan saya adalah murid faham serta berminat dalam topik tersebut. Berdasarkan tajuk yang saya ajar ini, saya dapati pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan kaedah menunjukkan gambar agak berkesan. Murid dapat menamakan jenis-jenis pekerjaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Malah murid juga dapat menjelaskan tentang bidang-bidang kerja berdasarkan jenis pekerjaan yang ditunjukkan. Melalui pembelajaran hari ini, murid bukan setakat dapat menamakan jenis-jenis pekerjaan malah murid dapat mengeja serta mengetahui sifat kerja pelbagai bidang.
 Sebelum ini, saya dapati bahawa tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah agak kurang berbanding dengan subjek Bahasa Cina. Walaupun murid-murid faham serta tahu tentang jenis-jenis pekerjaan yang mereka tahui tetapi apabila minta mereka nyatakan dalam Bahasa Malaysia, ini agak sukar bagi mereka untuk meluahkan.  Tetapi apa yang saya perhatikan selepas pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya dapati bahawa murid-murid bukan sekadar tahu mengeja malah dapat bercerita tentang cita-cita mereka apabila dewasa nanti dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Walaupun perkataan atau ayat yang mereka luahkan agak singkat tetapi melalui pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, sekurang-kurangnya mereka dapat berkomunikasi dengan murid-murid lain dengan menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dari segi tatabahasa serta laras bahasa dan bukannya sekadar tahu bahasa ibunda mereka sahaja.
 Oleh itu, saya menggunakan kaedah menunjukkan gambar untuk menjelaskan jenis-jenis pekerjaan yang hendak disampaikan serta meminta mereka mengeja berdasarkan kata nama yang saya tunjukkan.
Selain itu, saya juga minta murid bertanya pada kawannya tentang cita-cita kawan tersebut apabila dewasa nanti. Melalui cara ini, mereka bukan sekadar dapat mengetahui cita-cita kawan malah dapat berkomunikasi dengan kawan menggunakan Bahasa Malaysia. Justeru mengeratkan hubungan di antara kawan.

KELEMAHAN
Walaupun begitu, saya mengetahui bahawa terdapat kelemahan dalam makro pengajaran saya ini. Suara saya hendaklah lebih lantang dan jelas supaya dapat didengar oleh semua murid.
Masalah lain yang saya hadapi ialah semasa saya meminta murid untuk bertanya pada kawan tentang cita-cita mereka apabila dewasa nanti, ada segelintir murid yang masih tidak berani bertanya dan ada juga segelintir murid yang tidak jelas tentang cita-cita mereka. Apabila saya minta mereka bentangkan hasil pertanyaan mereka di depan kelas, saya dapati mereka masih malu untuk berkongsi dengan murid-murid lain. Ini jelas dilihat apabila mereka bentang di depan, mereka asyik tunduk kepala sahaja dan suara pun tidak lantang serta tidak berani pandang kawan-kawan.

LANGKAH MENGATASI
            Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sepatutnya saya hendaklah mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan minat pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya wajar berusaha mahir dalam pendekatan sosial dan psikologi supaya lebih memahami anak murid saya.
Selain itu, saya juga akan lebih kerap minta murid bentangkan hasil kerja di hadapan kelas, saya percaya dengan cara ini murid akan lebih berani lagi dan tidak akan berasa malu-malu lagi pada masa hadapan apabila berhadapan dengan orang ramai.
            Di samping itu, komunikasi lisan saya hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman, ekspresi muka pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas. Dengan cara ini, barulah saya tidak dilebelkan sebagai guru yang garang.

MAKRO PENGAJARAN

https://docs.google.com/open?id=0B9hu6iL9FzPTMDNmZTRkNDYtNTkwYi00ZWUyLWFiY2YtYmRkYmJiMzI4MWEw

REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN

https://docs.google.com/document/d/1MjXe-M2ehSpd3GCPHsyigpxw2HtQhQ2GF-pT7Scpjp4/edit

REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN



MATA PELAJARAN              :           BAHASA MALAYSIA
TAHUN                                  :           TAHUN 2
KELAS                                  :           2M
BILANGAN MURID              :           33 ORANG
MASA                                   :           8.00 PAGI – 8.30 PAGI
SUB TAJUK                         :           KATA KERJA


PENGENALAN
            Saya telah menjalankan mikro pengajaran yang bertajuk kata kerja berdasarkan gambar serta lakonan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia SJKC Tahun 2. Kelas saya adalah kelas Tahun 2M dan jumlah murid adalah sebanyak 33 orang. Mikro pengajaran ini dijalankan selama 8 minit.

KEKUATAN
Selepas saya menjalankan mikro pengajaran ini, saya dapati bahawa kekuatan dan kelebihan saya adalah murid faham serta berminat dalam topik tersebut. Berdasarkan tajuk yang saya ajar ini, saya dapati pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan kaedah berlakon agak berkesan. Murid bukan sekadar berminat untuk keluar berlakon malah mereka faham apa yangtelah disampaikan serta boleh membina satu ayat yang lengkap berdasarkan kata kerja yang telah dipelajari.
 Sebelum ini, saya dapati bahawa tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah agak kurang berbanding dengan subjek Bahasa Cina. Walaupun murid-murid nampaknya seolah-olah tumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pengajaran saya, tetapi saya sedar bahawa mereka kurang faham dan tidak berani untuk bertanya.
 Oleh itu, saya menggunakan kaedah berlakon untuk menjelaskan kata-kata kerja yang hendak disampaikan. Dengan kaedah berlakon, murid akan faham apa yang hendak disampaikan. Contohnya, saya suruh seorang murid keluar berlakon berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh saya, dan murid lain pula teka apa yang murid tersebut sedang lakukan, dengan cepatnya murid lain akan memberi jawapan yang betul. Berdasarkan lakonan tersebut, saya juga akan menyuruh murid membina ayat berdasarkan kata kerja serta lakonan yang mereka telah pelajari, dan di sini saya dapati bahawa murid dapat membina satu ayat yang lengkap dan betul berdasarkan lakonan yang telah diperhatikan tadi. Walaupun ayat yang telah diberi pendek tetapi bersyukur kerana mereka boleh memberi ayat yang lengkap serta betul dari segi tatabahasa. Dan yang penting sekali ialah mereka tahu serta faham tentang makna kata kerja tersebut dan tahu tentang penggunaannya.

KELEMAHAN
Walaupun begitu, saya mengetahui bahawa terdapat kelemahan dalam mikro pengajaran saya ini. Suara saya hendaklah lebih lantang dan jelas supaya dapat didengar oleh semua murid.
Masalah lain yang saya hadapi ialah semasa saya meminta murid membina ayat, terdapat murid lain yang tidak aktif berfikir ayat yang hendak dibina. Mereka hanya tunggu kawan lain membina ayat. Walaupun keadaan dalam kelas senyap tetapi terdapat sebilangan kecil murid yang kurang menumpukan perhatian pada masa itu. Terdapat juga segelintir murid yang berasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk keluar berlakon.

LANGKAH MENGATASI
            Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sepatutnya saya hendaklah mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan minat pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya wajar berusaha mahir dalam pendekatan sosial dan psikologi supaya lebih memahami anak murid saya.
            Komunikasi lisan saya hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman, ekspresi muka pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas. Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu saya harus memastikan tujuan dalam menyampaikan ilmu itu tercapai. Waktu dan tempat untuk menyampaikan mesej atau berkomunikasi harus bijak dipilih supaya objektif mesej dapat dicapai dan murid lebih mudah menerima mesej yang disampaikan.